Search This Blog

Saturday, May 3, 2014

Jammin' JB

Bulan Mac lepas, saya dan seorang rakan niaga (hehe), Miss Z bertandang ke Johor Bahru. Ini kali pertama setelah sekian lama saya tak ber'tripping' dgn Miss Z. Kali terakhir kami berjimba bersama ialah di Rainforest World Music Festival di Kuching, 4 tahun lepas. Tujuan utama saya ke JB adalah utk merasa kacang pool dan 'melawat kawasan' Johor Premium Outlet. Itu saja. Dan mengikut rancangan asal, saya mahu ke JB dgn kawan lain. Tapi dia pula ada emergency pada saat-saat akhir, makanya Miss Z menjadi kambing hitam...huhu.

Kami berangkat sekitar jam 7 pagi dan singgah sarapan sebentar di Subway. Saya yg jadi chauffeur sepanjang perjalanan pergi dan balik. Bawa relaks-relaks saja, lagi pun tiada apa nak dikejarkan. Sekitar 11.30 pagi kami nampak signboard Yong Peng, Batu Pahat bla bla bla. Oleh kerana masih awal dan sahabat saya di JB, Miss L (ejen kami menumpang rumah) ada aktiviti sekolah, maka kami pun singgah dulu ke Parit Raja utk bertemu kawan Miss Z sambil makan minum, ngumpat-ngumpat dan beli karpet! Sempat juga saya beli kerepek di sana. Usai semua tu, saya lihat jam tangan. Orang baru nak solat jumaat. Aktiviti Miss L hanya selesai petang nanti. Tanpa buang masa, kami terus pecut kereta ke JPO. Itulah kali pertama saya ke sana. Selama ni dengar saja cerita orang mengenainya. Mari sini, biar saya pula yang merasa! Mulanya, ingat nak survey dulu dan kembali semula ke sana ketika perjalanan balik ke KL tapi nampak gayanya, hasrat shopping memang tak boleh ditangguh-tangguh lagi! Akhirnya, selamat berbeg-beg saya angkut. Selepas insaf seketika, barulah saya dan Miss Z meninggalkan JPO dan menuju ke JB dgn rasa gembira (terapi shopping) dan sesak dada (sbb duit banyak melayang!)

Sebelum terjah JB, saya ada rujuk banyak blog utk mencari tempat-tempat makan yang direkemenkan. Ramai juga yg teruja makan steamboat di medan steamboat luton van, Dataran Bandaraya JB. Jadi, kami bertiga si bujang lapok pun pergilah ke sana untuk test market  test selera. BTW dalam perjalanan ke sana, Miss L sempat bawa kami lalu depan Villa Nabila. Erkk...bertutup bagai, tak boleh nampak apa-apa. Macam mana saya nak rasa seram?! Dalam hati saya terfikir, entah iya atau tidak vila tu berhantu? Tapi kalau suruh saya masuk ke dalamnya dgn ganjaran RM50, memang saya takkan buatlah!

Tiba di medan steamboat, agak sulit cari parking kereta.  Boleh tahan ramai pengunjung di sana. Mujur kami dapat meja. Di kesempatan tu, saya jenguk van-van lain untuk cari makanan Johor yg boleh dicuba oleh tekak. Lepas selesai makan dalam keadaan separa tidur, kami ingat nak balik. Tapi kemudian nampak di dataran, ramai orang awam berkumpul dan beriadah. Jadi, kami pun join the club. Ada yang bermain belon sabun, bola sepak, polis sentri dan macam-macam lagi. Orang JB memang happeninglah. Oleh kerana tak mahu kelihatan seperti kaki bangku, kami pun buat aktiviti sendiri iaitu "berselfie" bersama monopod yg baru saya beli...haha.

Keesokan paginya, kami teruskan misi mengisi nafsu tekak dgn memecut kereta ke Kacang Pool Haji di Larkin. Pagi Sabtu tu, pengunjung tak begitu ramai seperti yg saya sangkakan. Mungkin bagi orang JB, mereka dah tak hairan. Kami disambut oleh seorang lelaki berkopiah putih yg begitu ramah. Bila dilihat mukanya, familiar benar. Macam artis. Masa tu, otak saya berputar ligat memikirkan siapa orangnya. Sampai habis makan pun, masih tak dapat jawapan. Baru sekarang saya tahu, rupanya beliau ialah suami seorang aktres. Patutlah macam pernah nampak dalam website Beautiful Nara!
Oleh kerana lepas makan kami tiada hala tuju lain, Miss Z mencadangkan kami pergi tengok wayang. 300: Rise of an Empire di TGV Jusco Bukit Indah. Ulasan saya: mudah. Tak seseronok menonton 300. Mungkin sebab tak ada Gerard Butler, hehe. Plus, saya kurang suka Eva Green walaupun lakonannya mendapat pujian dalam filem tu. Nora  Saya bagi 2.5 bintang.
Setelah puas mengutuk filem tersebut, kami pergi menjenguk rumah baru yg bakal Miss L diami di kawasan perumahan yg dirahsiakan! Rumah teres dua tingkat dgn 4 bilik tidur tu memang marvelous, lokasi pun strategik. Ya, strategik utk saya tumpang tidur sebab dekat dgn highway! Rezeki Miss L murah betul, walaupun baru saja bergelar "Miss J". Itulah, kata orang di sebalik peristiwa duka, pasti ada hikmahnya. Ecehcehhh!
Pada malam hari, kalau ikutkan rancangan asal, kami nak cuba makan seafood di Permas Jaya tapi disebabkan Miss L mempunyai kerjaya sebagai seorang guru dan esoknya hari Ahad dan sekolah pula, kami batalkan saja niat tu. Miss L (yg kebetulan masa tu sakit gigi) bagi idea utk makan bubur nasi di Chamek Kopitiam. Katanya, sedap. Memang sedap pun! Cuma servis saja kurang best. Lambat gila. Mungkin sebab malam tu JDT lawan bola kot. Saya sempat lihat fans JDT siap bakar mercun bagai ketika rehat separuh masa pertama. Excited ya, bang?! Lepas makan, kami balik semula ke Kacang Pool Haji sebab ada seorang rakan beritahu yg di sana ada ABC sedap. Kami ingatkan kedai sebelah KPH. Lalu, pesanan dibuat. Alih-alih, rupanya kedai hujung yg dekat dgn balai bomba tu yg dimaksudkan kawan saya. Alahai, kak. Lain kali cakaplah terang-terang! Tapi satu perkara saya respect pada peniaganya. Bila ABC kami tiba, kawan saya tanya peniaga tu, ini ke kedai ABC yg orang selalu kata best tu? Dgn jujurnya peniaga tu jawab, bukan kedai ni tapi kedai hujung sana. Ramai orang suka ABC kat situ. Dia jawab sambil senyum. Ini dia peniaga yg ikhlas. Kasi tepuk tangan sikit! Abang peniaga tadi boleh saja jawab, saya tak tahu. Tapi dia memilih utk berkata benar. Satu nilai murni tercalit kat lengan dia! Saya doakan perniagaannya turut sama maju macam kedai ABC hujung sana tu, amin.

Dan esok paginya, kami pulang ke KL. Tapi sebelum tu, kami singgah sekali lagi ke JPO utk bertemu, makan tengah hari dan sesi soal jawab bersama seorang bekas rakan kerja yg kini menetap di Kulai. Sebenarnya, masa tu kaki saya dah sakit sebab test power kasut baru sepanjang berada di JB. So, jalan agak lembab dan terhincut-hincut. Akaun bank saya menjerit keriangan kerana saya tak berupaya bergerak aktif, sekaligus gagal bershopping lagi sekali...bahaha. Padahnya, saya cuma lepak di bangku sambil menonton persembahan clown dgn seorang nenek tua sambil Miss Z dan temannya yg tinggal di Parit Raja tu membazirkan wang.

Demikianlah catatan 'pengembaraan' 3H2M saya ke Johor Bahru.
Ada rezeki, kita jumpa lagi wahai JB!
Boleh try makanan lain pulak.

Hari pertama tiba di Johor, serbuan ke atas JPO dijalankan.
Harga barangan di JPO ada yg sama saja dengan harga di KL.
Cuma mungkin ada sesetengah barangnya lebih berbaloi dibeli di sini.
Ya, saya banyak shopping di tingkat atas, sesuai dgn tangga gaji saya!


Beberapa cucuk steamboat yg ada di medan steamboat luton van.
Kenapa luton van? Saya tak pasti.
Tapi apa yg pasti, rasanya steamboat angry bird ni biasa saja.
Budak-budak sukalah kot.
Kami juga sempat pesan otak-otak.  Sedap.


Nampak tak belon? Tak nampak? Tak apa.
Tapi tempat ni meriah, kan?
Ramai yg datang buat aktiviti keluarga kat sini
sebab dataran ni luas.
Buih sabun dijual di sini dan saya hampir terjebak membelinya!



Ni nampak tak belon-belonnya?
Masa ni, budak-budak tu sibuk nak kejar
dan pecahkan belon tu.
Dengan saya sekali terasa nak join!



Kalau tak nampak, ni gambar belon yg sempat melarikan diri
daripada dipecahkan kanak-kanak di muka bumi.
Ini saja yg kamera saya mampu capture.
Harap memadai.
Cewahhh...ayat nak minta sapa2 sponsor iPhone 5!


Yes! Tak dapat dinafikan.
First time rasa, macam tak genap!
Tak pasti jika perasaan tu timbul kerana rasanya sedap
atau kerana saya terlalu lapar pagi tu.
Tapi yg pasti, lepas balik ke KL saya cuba kacang pool
di Zam Zam Cafe & Sate Club di Damansara Utama,
rasanya tak seindah Kacang Pool Haji, okey?




Lepas tonton wayang dan lunch, pekena dessert.
Saya teruja nak merasanya sebab ramai sangat orang makan stick ni.
So, apa yg bestnya?
Erm...aiskrim coklatnya saja yg tak best
sbb rasa macam air milo cair yg dibekukan.



Ya, persembahan badut turut ditawarkan kepada kanak-kanak
yg mempunyai ibu bapa bermata rambang ketika membeli-belah di JPO.
Ketika ini, saya baru saja menelan pil penahan sakit akibat joint and muscle pain.

Di Johor,
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar itu Melayu
Minangkabau memang Melayu
Aceh dan Siak adalah Melayu
Jakun dan Sakai lebih Melayu
Arab dan Turki pekat Melayu
Mamak dan Malbari jadi Melayu
malah Muallaf bertakrif Melayu.
~Melayu Johor; Dato' Usman Awang~


Lagu yang paling sesuai. Lagu best ni.









Wednesday, February 5, 2014

Thirty-3 & counting


Pengumuman Tanpa Tajaan:

Malam tadi ada game bola sepak, Kelantan lwn Sabah. 
Berkesudahan Kelantan menang 2-1. 
*Weehoo!


OK, update bola sepak hanya setakat di situ. Saya cuma tonton perlawanan bola sepak sesekali. 

Cuti Tahun Baru Cina lepas saya gunakan untuk pulang ke negeri kelahiran saya, Kelantan. Finally, lepas beberapa tahun tak balik. Sepanjang perjalanan, mungkin agaknya sebab excited, habis semua tulisan pada papan tanda saya baca, jadi entah apa-apa. Bayangkan, Sekolah Vokasional, saya baca Sekolah Volkswagen. Jurutol Bertugas pula, saya nampak Jurutol Berlengas. What the fuuunnn?! eheheh.

Kepulangan kami sekeluarga ni sebenarnya kerana pak cik saya mengadakan kenduri kesyukuran di samping nak meraikan perkahwinan ayah saudara saya paling bongsu bersama pasangannya yg kini disahkan baru hamil 2 bulan. Hihi...dapat sepupulah saya tahun ni! Pulangnya saya ke kampung hanyalah 3 hari sebab tak dapat cuti. Maklum....kawan2 lain pun nak beraya, kan. Kita ni menumpang cuti je. Anyway, sepanjang balik kampung tu saya tak keluar ke mana-mana pun sebab kerja2 kenduri menanti. Cuma sempat catch-up dgn sanak-saudara ketika sama2 buat kerja dapur. Niat hati nak melapangkan diri melawat seorang ibu saudara yg sedang pulih akibat serangan strok 2 bulan lepas tapi itu pun tak sempat. Harap keadaannya semakin pulih, amin.

Sepanjang berada di kampung juga, saya tak tidur pun di rumah arwah tok ayah sebab kebanyakan ahli keluarga berkumpul di rumah pak cik yg terletak di belakang rumah tok ayah saja. Namun, saya curi juga waktu untuk naik ke rumah arwah tok ayah lepas selesai kenduri. Sempat membelek gambar-gambar arwah tok ayah yg masih berada di dalam rumah tu dan berehat sebentar. Sejujurnya, hingga kini, setiap kali tengok gambar Robert De Niro, mesti saya terus teringat tok ayah. Mereka berdua agak mirip terutama bahagian, mata, hidung dan mulut. Sekarang, salah seorang sepupu saya, wajahnya semakin dewasa semakin mirip dgn De Niro (dan tok ayah) terutamanya gambar di bawah ni, hahaha!

Semoga tok ayah tenang di sana,
amiiin :)
Okey, kita rewind sikit. Dua bulan lepas ialah bulan Disember. Memanglah, kan?! Okey, cuma nak beritahu, bulan Disember sangat istimewa buat saya sebab dalam bulan itulah saya dilahirkan. Nak pendekkan cerita, sebagai meraikan hari lahir yg ke-33 ni *menguap* saya bersama seorang kawan baik (seorang lagi sahabat tak jadi ikut atas hal famili) pergi menjarah *drum roll, keluar api kat gelung besar macam dalam sarkas* ke Tanjung! Yup, Penang. Sebenarnya, tujuan saya beriya-iya berjimba di Penang ialah sebab nak ambil gambar2 mural sekitar Georgetown dan makan nasi kandar beratur. Kali ni kami ke sana dgn kapal terbang sbb kononnya malas nak drive. kononnya nak relaks je. kononnya sbb berjaya beli tiket murah. Taubat! Lepas ni pergi Penang, saya rela pikul kereta. Sebab? Teksi Penang mahal! Nak pergi area Masjid Kapitan Keling dari Jalan Burmah kena caj RM16. Pada saya, itu mahal. Dahlah tak pakai meter. Mungkin nampak terserlah sangat kot yg saya ni orang luar.... 

Selama 2 malam pertama di Georgetown, kami menginap di 1926 Heritage Hotel, Jalan Burma. Bagi yg mahu relaks gila2 dan tiada aktiviti tertentu, boleh cuba tinggal di sini. Bagi saya, dah silap pilih hotel sbb lokasi hotel ni agak jauh daripada lokasi tapak warisan UNESCO. Satu pengajaran bagi saya. But don't get me wrong, 1926 Heritage Hotel selesa. Cuma tak sesuai utk org yg kuat berjalan mcm saya.

Kalau dah ada dalam Georgetown, sewel-lah kalau tak try makanan special kat sana, kan? Tapi sbb dah berjuta kali travel ke Penang, saya tak larat nak try rojak pasembur lagi. Tapi cendol mamak sebelah pasar Chowrasta mmg saya tak pernah tinggal, ya! Saya boleh jadi separa meroyan kalau jejak Georgetown tapi tak beli cendol tu...wuwuwu. Jadi, selain cendol, saya sempat try mi sotong Hameed di Padang Kota Lama. Alamak aiii....to die for, OK! Saya bagi 4 bintang Daia! Tapi honestly, jgn sesekali cuba tengok dapurnya, takut tak lalu makan pulak nanti. Tag team kan mi goreng sotong ni dgn coconut shake yg dijual sekali kat situ, VOILA. Menu lengkap dan sempurna utk dimakan masa tunggu hujan reda...heheh.

Kemudian, bila hari beransur malam, saya kembali merayap dan kali ni ke Masjid Kapitan Keling. Sekitar jam 9.15 malam lagi kami dah tercegat dekat area kedai tu. Orang pun belum ramai. Jadi, kami putuskan utk lepak dulu jauh sikit. Malaslah nak nampak terlalu batak, kan?! Kembali semula jam 9.30 malam, org mula ramai (ganda 23 gitu) dah siap beratur bagai. Panjang pulak tu! What the hekk lu? So, kawan saya pergi cop meja dan saya beratur utk order. Ambik makannya....sejam beratur baru sampai turn saya order. Tapi sangat, sangat, sangat puas hati. Tak sama langsung mcm makan nasi kandar Line Clear. Saya SERIUS. Kuah kari dia macam dimasak dgn penuh kasih sayang betullah! BEST peringkat cecah langit. Siapa baca ni, tolonglah try ya?!

Satu lagi favorite saya bila berjalan di Penang, makan char kuetiau. Mana2 tempat yg jual kuetiau dalam Penang, pada saya sedap. Macam Penang tu Land of Char Kuetiau pulak rasanya. Rasanya kuetiau paling tak sedap di Penang pun, 10 kali ganda lebih sedap drp kuetiau di KL. Boleh tak saya describe macam tu?! Saya bukan hantu kuetiau tapi bila dpt makan kuetiau Penang, mmg rasa nak cari kerja kat sana terus. Kali ni, kuetiau yg saya cuba ialah dekat gerai depan Hotel Park Royal sebab malam terakhir di sana, kami menginap di Batu Feringghi. Oh, dan di gerai tu juga ada sepasang anak beranak bangsa India jual roti pisang. Macam roti pisang di Bangkok. Sedap! Jadi dessert kami lepas makan malam :) Pendek kata, jangan berani kata laparlah kalau berjalan di Penang!

Do enjoy the photos. Sebenarnya, ini foto2 drp kawan saya. Foto yg saya ambil, habis 'ter'delete. Terpaksalah mengemis foto Ms. L...huhu. Ms. L ni pulak, harap pakai je fon 5s tapi tangkap gambar, asal boleh! OKlah tu daripada tak ada langsung, kan?


Lokasi: Jalan Burmah, Georgetown
www.1926heritagehotel.com
Pretty decent breakfast
sepanjang 2 pagi kami sarapan di sana.
Bilik kami mengadap kolam renang
dan ada balkoni.
Ingatkan nak duduk di balkoni cuci mata
tengok mamat2 macho berenang
tapi silap musim.
Cuti sekolah lah pulakkkk....!




Lokasi: merata tempat dalam Georgetown
Some of the murals yg saya berjaya lihat dan capture.
Memang suka hati bukan kepalang.
Lepas ni, tak jejak lagi kat Georgetown pun
tak apa dah...heheh.



Boleh refer website ni utk locate setiap mural:
http://www.onlypenang.com/where-to-go/penang-street-art-wall-painting-at-penang/
sangat berguna untuk saya :)
Cuma sayang, mural Little Boy With Pet Dinosaur
semakin berkecai.
Ada di sebelah mural Boy on a Bike saja.
Satu lagi, saya frust sbb mural Broken Heart dipadamkan :(
Dah berangan nak pose kat situ,
pastu buat jadi gambar DP kat FB, Twitter, Instagram bla bla bla....



Lokasi: Jalan Masjid Kapitan Keling
Niii dia!
Jgn tersilap dan termalu.
Kedai NKB cuma buka jam 10 malam ke atas.
Jgn rasa megah sgt dpt mkn NKB
sblm 10 malam sbb itu kedai lain, ya.


Ni lauk yg Ms L ambil.
Selekeh je, kan? Tapi rasa A1++ :)
Ayam goreng dan kacang bendi, kuah campur.
Saya ambil lauk sama dan tambahan telur sotong
sbb lauk2 ni direkomen olh kebanyakan blogger.

Lokasi: Jalan Masjid Kapitan Keling
Masuk kedai ni secara kebetulan sbb Ms L rasa tertarik.
Dia terinspirasi nak buat novel dan buku kanak-kanak.
Ini kedai buku kanak-kanak.
Uncle ni sangat friendly :)
Katanya, susah nak cari buku cerita dongeng kanak-kanak
dalam bahasa Melayu yg nampak colourful.
Saya suggest dia cari di DBP.
Dipersilakan berkunjung, ya :)
Sangat interesting.

Lokasi: Jalan Sultan Zainal Abidin
Sebagai penggemar sejarah bangsa Yahudi,
saya mesti tangkap gambar RARE ni.
Pertama kali 'terserempak' dgn site ni kira-kira 5-6 tahun lepas,
saya sangka ini kilang simen. LOL.
Dipersilakan baca sejarahnya:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_orang_Yahudi_di_Malaysia

Lokasi: Batu Feringghi
Pagi terakhir di Penang.
Kami menginap di Hotel Park Royal.
Hidangan sarapan, as expected tapi ada satu unexpected thing:
pastri2nya keras kekong! Itu saja komplen saya.
Sebelum makan, sempatlah merayap di tepi pantai
tapi patah semula lepas 5 minit
sbb banyak benar jerangkap samar (najis hanjings)

Salah seorang teman baik yg turut berjimba
meraikan bornday saya di... Fort Cornwallis.
DUH! Lame gila, kan?! Haha.
Tak kisahlah, saya pun bukan muda lagi...emeh!
Thanks Ms. Y sbb fetch kitorang kat airport dan bawak pegi lunch
kat entah apa nama restoran tu.
Sedap nasi tomato kat sana :)

Sempat menjengah Toy Museum.
Entah berapa kali saya khatam masuk sini.
Bawa kawan-kawan punya pasal.
BTW, muzium ni dah tukar lokasi kat Teluk Bahang ya.
Dulu, di Tanjung Bungah.
Honestly, saya tak suka muzium baru ni.
Koleksi makin banyak tapi ambience
dah tak best macam dulu. Sekian.
Ini ialah Chucky, kepada yg tak tahu.

Ini ialah Gollum.
Eceh...macam tour guide pulak.
Bukan apa, saya tak tengok LOTR.
Manalah tahu, ada spesis macam saya, kan.
Tapi saya sempat tgk The Hobbits :)
*Tak ada motif nak cerita

Lara Croft with moustache.
Ini Lara Croft, kan? kan? kan?
Ala...saya dtg Toy Museum pun
sbb nak tgk figurine Spice Girls jeee...

Andd lastly.
TQ very much for your bday wishes,
prayers and gifts, friends.
I feel LOVED!
Kek tu saya dapat drp seorang kawan baik
yang juga seorang baker.
Tahun lepas, dapat cuppies
color bendera Itali drp dia juga.
Rasa terharu gila sehh.
So, saya kumpul kawan2 yg makan kek tu
dan buat tribute ala-ala The Brady Bunch ni :)


Nota tambahan: tiap-tiap tahun ada saja makhluk bernama kawan2 sekeliling tanya macam mana lelaki idaman saya. Entah tak tahu apa nak jawab entah! Masa 20-an dulu, banyak ciri2 fizikal saya fikirkan tapi sekarang, senang je. Lelaki yg beriman, boleh bimbing saya jadi baik, ada pengetahun agama, kelakar, tolerant dan boleh main gitar sambil nyanyi lagu kat bawah ni! hahaha. simple dah ni, kan?
Malammmm.

*saya rasa Spider kumpulan yg sgt genius. patut jadi legenda setanding Search.




Sunday, January 12, 2014

"Sekolah kau je ada dinding?!"

Assalamualaikum.
Saya baru dapat tahu seorang Zionis bernama Ariel Sharon mati hari ni.

Hanya satu perkataan yg terlintas dlm fikiran saya sebaik membaca perkhabaran tu;
"Akhirnya...."
Semoga sang Zionis ni mendapat balasan yg setimpal di atas segala perbuatannya di atas muka bumi ni.

OK. cerita lainlah pula.
Saya seorang peminat komedi. rancangan komedi, persembahan komedi, kisah komedi, pertandingan komedi, apa saja tentang komedi. Jadi, sudah semestinya saya tak pernah ketinggalan menonton battle Maharaja Lawak Mega sejak mula ia dipertandingkan. Ya, saya ada peserta favorite. Nabil dan Jambu. Walaupun kadang-kala persembahan mereka suam-suam kuku, saya tetap suka mereka (tapi tak pernah sampai ke tahap mengundi. tidak akan.) Tapi utk MLM tahun ni, saya tertarik utk turut mengikuti perkembangan kump Sepahtu kerana saya suka Rahim R2 dan kedua kerana seorang ahlinya merupakan juara Super Spontan 2. It'll quite interesting to see what they can come up with. Satu perkara yg saya rasa ada kemungkinan jadi kenyataan ialah mereka bakal menjadi juara kerana "kipas susah mati" mereka mmg extraordinary tahap dewata raya....

*BTW, kenapa mesti ada award Man of the Match? Ini game bola sepak ke?! 
Serius, saya tak nampak relevannya kecuali pihak TV nak kaut untung gila-gila....
Haa...dan satu lagi. Bintang-bintang Daia tu. Kenapa perlu ada rate drp sabun basuh?!

Anyway, bukan itu yg saya nak cakapkan. saya nak cerita betapa gilanya diri ini saya rasa bila saya dan rakan-rakan membuat cubaan utk menonton pertandingan tu secara LIVE di perkarangan pintu masuk One Utama, Jumaat lepas. Yalah, ofis saya sangat dekat dgn One Utama, jalan kaki 5 minit sudah sampai. Tambahan pula, hari Jumaat selalunya saya pulang lewat ke rumah sebab jalan sentiasa jem. Jadi saya terfikir, apa salahnya jika pergi saja next door dan tonton MLM? oh, silap besar! terlalu ramai manusia membanjiri OU. Bukan itu saja. Sudahlah penonton ramai membuak-buak, lokasinya teruk. Di perkarangan pintu masuk, seciput mana saja org boleh berkumpul? Lebih teruk, ada join-promotion pula dgn Alza yg lagilah makan banyak space. Entah apa-apa! Ketika tu saya rasa, Astro Sucks, BIG TIME! Bayangkan peminat yg datang dari jauh, meredah jem semata2 utk melihat pelawak kegemaran mereka beraksi LIVE, bawa anak-anak kecil sekali, tapi apa yg mereka boleh nampak hanya tiang dan dinding? Oleh kerana dilahirkan sebagai peminat komedi yg bukan terlalu extreme, saya akhirnya ambil keputusan utk pulang saja jam 9.30 malam tu dan menonton di rumah bersama famili dan seorang lagi sahabat saya. Sebenarnya, saya dah serik berhimpit2 dlm lautan manusia. Zaman tu semua dah pernah saya rasa tapi entah kenapalah saya masih tak belajar drpd pengalaman lalu?! Lepas ni, sumpah makan aiskrim Haagen Dazs dan aiskrim potong kacang merah, saya takkan hadiri mana2 live events lagi. Biarlah org nak kata saya tak havoc ke, tak happening ke. Lepak kat rumah jugak lagi heaven....

“A comedian is someone who tells the truth. 
Truth is the set of all jokes told by all comedians in the world.” 
― Piero Scaruffi

Beberapa klip persembahan yg WIN bagi saya :)

*Salute to Miss Jihan. Oh, dia nampak sangat3X cantik bertudung :)

*They got me at this one!

*And also this!


*Saya rasa dia extremely talented masa Raja Lawak musim 2 tapi lepas tu....!


*Surprisingly, punchlines drp Shuib lebih byk buat saya gelak dlm MLM


*Ramai kata lawak mereka mengarut, tapi saya rasa idea mereka tak terjangkau fikiran org lain




















Tuesday, December 31, 2013

Wong Fei Mau ;P

Ok, ini ada satu cerita yg sangat serius sampai saya tak boleh tahan/tunggu lagi nak luahkannya.
Sangat Serius. tahap OEmJee, so serious (cubaan guna bahasa hipster)
Assalamualaikum. Sari berita penting....

Pagi tadi, dalam perjalanan ke tempat kerja, dalam kereta saya pasang radio klasik nasional.
*iklan kejap* saya masih muda. saya belum tua. saya belum cecah umur 35 pun. terima kasih. *sambung cerita*
kemudian saya dengar satu segmen motivasi (agaknyalah) drp seorang pakar motivasi yg saya x sempat catch namanya sebab asyik flip2 radio lain. sesuatu yg mengejutkan saya, keluar drp mulut pakar motibasi tu (ini bukan typo error) ialah bila dia mengatakan bahawa Wong Fei Hung ialah seorang muslim. I was like, WHAT? honestly? you've gotta be kidding me. berapa klasik nasional bayar dia utk cakap benda2 mengarut macam tu? turun saja dari kereta, saya memang tak boleh tahan lagi, terus google pasal "fakta yang auta" tu. carian yg saya temui menunjukkan tiada bukti jelas menyatakan bahawa Wong Fei Hung seorang islam. buang percentage bateri saja bukak 3G!

Apa yg buat saya kurang berkenan sebenarnya bukan mengenai artikel tersebut. orang boleh tulis dan speculate apa saja. yang buat saya gelisah ialah bila mana keterujaan pakar motivasi menyebarkan cerita2 palsu begini. di mana kredibiliti anda? hanya kerana anda seorang pakar motivasi, anda punya lesen utk borak apa saja demi utk membangkitkan semangat pendengar? cubalah buat homework sikit! lebih tidak membantu lagi, sikap org melayu sekarang yg masih menerima bulat2 apa yg disampaikan golongan berpengaruh tanpa cuba cari bukti sebenar. kemudian nanti, sibuk mendabik dada pada kaum/penganut agama lain mengenai cerita yg kesahihannya belum pun terbukti. bikin malu! sudahlah klasik nasional tu pendengarnya ramai drp golongan veteran yg kebanyakannya tak kuasa lagi nak keep up dgn perkembangan semasa. jadi, apa yg mereka dengar tu, itu saja yg mereka tahu, kan? lepas tu, pak cik2 mak cik2 ni tentunya akan canang cerita tak betul tu satu kampung, satu pekan, satu daerah, satu kedai kopi, satu pasar basah, satu majlis cukur jambul dan sebagainya. encik pakar motivasi tak nampak ke impak yg anda berupaya cetuskan?

Lalu, conclusion saya pada malam ni ialah selagi tiada bukti nyata menunjukkan wong fei hung seorang muslim, saya takkan percaya buta-buta. ramai individu telah "dimuslimkan" contohnya michael jackson, neil armstrong, malahan barrack obama. tapi hakikatnya....?

macam nak memekak lagi, tapi tangan penat menaip. OK, selamat malam.

PS: kaum melayu islam patut ubah mindset. bukan nak suruh jadi sekular tapi tinggal2kanlah sifat2 si luncai, pak pandir dan lebai malang. biarkan watak2 tu berkubur saja. kembalilah kepada ajaran islam yg lebih bersifat universal *ni pesan utk diri sendiri jugak*

Ini artikel yg saya lebih percaya, lebih worth a read:
http://my.news.yahoo.com/was-wong-fei-hung-a-muslim--042638614.html


masa kecil dulu, sepupu2 lelaki mmg minat tgk cerita martial arts dari china. 
kalau dtg rumah diorang mesti rasa boring gila ikut diorang tgk scene lawan-lawan...hahah!








Sunday, December 8, 2013

Thunderstruck

Assalamualaikum. Pelajaran yg saya dapat (sekali lagi) pada minggu ni ialah: Dunia ini kecil. Siapa sangka, ajakan ummi meminta saya hadiri kenduri kahwin anak perempuan tok nyang sepupu (pening tak?!)  di Taman Sri Ukay, Sabtu lepas membawa kepada satu penemuan baru untuk "family tree" kami.

Seorang kawan lelaki yang asalnya merupakan rakan sekerja saya dulu, yang kemudiannya menjadi salah seorang travel buddies saya, yang seterusnya menjadi teman aka escort saya (hehe) ke konsert atau event yg kebanyakan rakan lain x mahu hadiri, rupa-rupanya ialah datuk sepupu saya! Mr. JK, tuo sungguh pangkat demo! 

OMG moment sangat!

Ceritanya, sebaik tiba di rumah keluarga pengantin, saya ikut ibu dan adik ibu masuk bertemu salah seorang saudara jauh yang dah uzur. Kita ni orang muda, apa saja yg boleh buat? Ikut dengar saja perbualan mereka lepas bersalaman dan jawab sepatah dua pertanyaan warga tua...hahah. Alkisahnya, Mr. JK baru keluar dari dapur sambil mulut sibuk mengunyah entah apa makanan. Saya pula duduk bertentangan arah dapur, pandangan mata terus menangkap sosok separuh misteri tu. "Eh?!" Perkataan hikmat yg terdetik dalam hati saya. Semakin dekat dia menghampiri arah saya, semakin kuat hati saya menjerit "Eh?!!" siap lengkap dengan rasa blur datang bertalu-talu. Sampailah dia pandang saya dan terus berhenti berjalan. Riak wajahnya juga terkedu yang amat, samalah macam saya! Tiba-tiba kami jadi ala-ala manusia paling sopan di situ sbb terlampau terkejut. Dan kerana dilanda "kejutan kaum kerabat", kami cuma sempat bertanya, "Apa kau buat kat sini? Kau family belah mana?!" Lepas tu, saya terus keluar makan dan dia terus buat kerjanya yg tergendala. LOL, Entah kenapa, tiba-tiba saya jadi malu nak tengok dia sbb benar-benar tak sangka, kami bersaudara. Hanya lepas saya beredar dari majlis tu, baru dia teks saya utk tanya soalan2 cepumas lain...bahahaha!

Apa yang saya tahu sebelum ni, kami senegeri (Kelate rocks yaw!), rumah allahyarham datuk saya dan rumah keluarganya di Kelantan begitu dekat (kiranya seberang jalan saja) tapi saya tak sangka pula kami ada pertalian saudara. Ketika kecil dulu, boleh dikatakan saya sekeluarga sering berkunjung ke rumah tok nyang sepupu. Lagi pula, saya dan dua orang anak perempuan tok nyang sepupu sama sekolah rendah tapi tak pernah pula saya nampak mamat ni! atau mungkin kami saling tak perasan. Dunia ni memang kecil. Salah...salah. Kita tukarlah.
Dunia ni memang sempit!

Owh...BTW. Saya nak beri satu "shout out" kepada sepupu lelaki yg selamat menikah
malam semalam dan bersanding hari ni:

Lan, Selamat Pengantin Baru! 
Semoga berbahagia hingga ke Jannah, amiiin :)

Ok, nak pergi packing beg. Nak bercuti-cuti nasi kandaq beratur utk sambutan hari jadi saya
yg ke-3* bahahaha. Later, folks!


Baru minggu lepas bercerita dgn seorang colleague
mengenai family tree,
tahu2 saja weekend ni
family tree saya berkembang!



To my datuk sepupu. This is for you, Tok Joe!






Sunday, December 1, 2013

Paul Walker



Dear Paul Walker,
You'll be greatly missed.
Saya sangat suka dia 
kerana aura coolness yg dibawanya.
Apa yang tak ada pada dirinya?
Kacak, berjiwa besar & belas.
Ramai aktor kacak mati awal, ya?!
Dulu, Heath Ledger. Kini, dia.
Oh, Paul. Selamat jalan.... :(

Ini fotonya yg menjadi kegemaran saya
yg telah sekian lama tersimpan dalam HP saya... huhu.


“Life is for the living.
Death is for the dead.
Let life be like music. 
And death a note unsaid.” 
― Langston HughesThe Collected Poems




Sunday, November 17, 2013

Aku (versi aku)






Aku kini cuma nak dengar lagu lama,
mungkinkah kerna faktor usiaku yg makin tua?

Aku kini kurang bersuara,
mungkinkah kerna ada yg tak berani kulepaskan dari dlm dada?

Aku kini punya angin terumbang-ambing,
mungkinkah kerana ada sikapku tak ikhlas dan sumbing?

Aku kini cuba menerima,
mungkin beginilah diriku buat selama-lama.

Aku kini sedang berperang,
mungkin dgn rasa rawan yg bersarang.

Aku kini umpama hidup dalam dunia sendiri,
mungkin kerana terlalu lama berdikari?

Aku kini sedang mencari,
mungkin satu identiti diri sendiri.

Aku kini sedang mengenali,
mungkin tentang jati diri yg tak pernah aku sedari.

Aku kini hanya mampu meminta,
mungkin agar jiwaku tak terus meronta.


*kalau Chairil Anwar ada 'Aku'nya, saya juga ada 'Aku' sendiri.






saya tak pernah jemu dgn lagu ini....







Friday, September 20, 2013

محبت اور شادی

So, hari ni hari Jumaat. Untuk bulan September dan Oktober saya dapat cuti hari Jumaat & Sabtu, Yippie! Tak lama lagi, saya bakal sibuk dengan persiapan majlis kahwin. Heheh...majlis kahwin adik lelaki bongsu, awal November nanti. Kali ni, keluarga kami agak tenang sebab dah pernah ada pengalaman sama dua tahun lepas. So, semuanya relaks saja. Oh ya, alang-alang sentuh soal kahwin, baru-baru ni saya hadiri majlis perkahwinan seorang rakan kerja di Batu Caves, Miss KM dan pasangannya. Ini pengalaman pertama saya hadiri majlis kahwin kaum India. Cuma ketika upacara berlangsung, saya dan rakan muslim lain tak tengok sekali. Kami lepak di khemah tempat makan. Makanan yang dihidang pun ialah vegetarian. Jadi, saya tak mahu rasa was-was. I have to say, it was really delicious :) Ini di antara gambar yang saya sempat ambil dan "copet" daripada kawan-kawan.

Here wishing you guys the best life has to offer 
and a long, blissful life together.

I have to admit, ini kali pertama saya masuk ke Batu Caves.
Actually, kami memang excited nak ke sini
cuma sebelum ni x ada reason untuk berbuat begitu.
Finally..... :)
Anyway, itu bukan khemah kahwin Ms. KM.
Ada satu lagi wedding berlangsung pada hari tu.

Inilah dia pangantin perempuannya.
Ms. KM ni sebenarnya kacukan Cina-India.
Jadi, majlis ni diadakan untuk meraikan
keluarga sebelah bapanya.
One thing for sure, mak cik ni tetap tomboi
masa hari weddingnya.
Tak boleh lembut langsung!
Ini pula pengantin bersama family sebelah ibunya.
Saya rasalah ;p
Sebab masa ni saya belum sampai lagi!
Hari tu, saya nampak campuran pelbagai budaya.
Dan khemah kahwin mereka jadi tumpuan pelancong
yang sibuk ambil gambar pengantin.
Famous kau tak pasal-pasal, ya!

Ini pula gambar ketika upacara berlangsung.
Ihsan daripada gambar Ms. KL.
Peace!
Gambar ketika upacara berlangsung.
Ihsan daripada gambar Ms. KL.
Peace!

Gambar ketika upacara berlangsung.
Ihsan daripada gambar Ms. KL.
Peace!
Gambar ketika upacara berlangsung.
Ihsan daripada gambar Ms. KL.
Peace!

Pasangan mempelai senyum lega!
Lama jugak upacara tu.
Start pukul 8.30 pagi sampai ke pukul 10++
Lenguh kitorang tunggu bawah khemah,
semata-mata nak bergambar!
Gambar diambil sekitar 10.30 pagi.
Masa ni, upacara keliling api kot.
Kami dok tunggu punya tunggu...
last-last berangan dululah.
Ambil gambar style Bollywood sebelum makan.
Arre re arre ye kya hua.... lalalala!

Lepas dah nak naik berjanggut tunggu,
akhirnya pengantin turun juga utk bersantap.


YAY!
Kawan-kawan saya siap pinjam baju bagai,
nak ikut tema punya pasal.
Sari2 yg saya tgk tetamu lain pakai
sangat, sangat, sangat, sangat cantik
tapi tertanya2 jugak, tak panas ke?!

Lepas bergambar, kami biarkan pengantin
menikmati makan beradab
sementara kami pusing2 sekitar kawasan Batu Caves.
Saya tak pernah tahu pun kewujudan kolam ikan ni.
Very beautiful dan sangat ZEN. Eh?!


Hajat hati nak try naik tangga tu
tapi memikirkan berpeluh nanti, tak apalah.
Berada di sini, saya rasa seolah-olah
salah seorang drpd pelancong di sana!
sedikit info mengenai Batu Caves:
http://en.wikipedia.org/wiki/Batu_Caves


Sampai jugak depan tangga ni!
Tapi saya cuma naik satu anak tangga...haha.
Bolehlah, buat cukup syarat.
Uncle ni mmg selamba je.
Orang nak ambil gambar, dia relax je turun tangga.

Kawan yg teruja pusing2 bagi pose!
Aksi beliau berjaya menarik perhatian
jejaka mat saleh berbaju hijau di hujung foto!

Lepas penat panjat tangga (?!)
kami "melawat kawasan" dan gerai2 di situ.
Gerai ni mmg dahsyatlah, kuih mcm2 pintalan!
Puas jenguk, kawan saya
beli kacang2 kat sana...eheh!

Tengok! Pengunjung boleh rasa sampel lagi.
Tapi saya tak trylah sebab tahu, manis gila!
Anyway, kudos to them
sebab masih buat kuih2 tradisional ni :)

Jalan punya jalan, kami semua nampak kedai jual air kelapa.
Apa lagi, dah rasa ala2 tourist, kami pun belilah!
Lepak pulak depan bas pelancong, eloklah tu.
Siap buat cerita lagi, konon kena minum cepat2.
Takut bas tinggalkan kami! KONONnya la....


Satu Malaysia, Satu Manusia wei!




Bringing back memories! Saya pernah menari tarian india moden dgn kawan2 guna lagu ni...LOL


Saturday, August 10, 2013

EID is here!

Assalaamualaikum. hari ni sudah 3 Syawal. ada lagi ke yg beraya? hehe. famili saya hanya berehat saja di rumah hari ni. pagi tadi ketika sedang relaks, TV pasang takbir raya. Walid pun kata, "Eh, mana ada org takbir lagi hari ni. Takbir masa 1 Syawal sajalah." saya rasa ramai pihak patut peka mengenai hal ni. Pada Aidilfitri kita cuma bertakbir pada hari pertama Syawal. Ketika Aidiladha, barulah kita bertakbir selama 3 hari berturut-turut. Lagi pun, sebenarnya perayaan terbesar umat Islam ialah Hari Raya Aidiladha. Tapi dah jadi kebiasaan di Malaysia sambut Aidilfitri berlebih-lebih pula, sampai sebulan. Saya rasa, muslimin-muslimat sekarang patut belajar berhari raya mengikut tuntutan agama, bukan lagi mengikut budaya. Tapi tidaklah saya ni anti sambut Aidilfitri selepas 1 Syawal. Kalau ada yg masih mahu beraya, dipersilakan. Maklum...bagi mereka yg ramai saudara dan kenalan, inilah peluang terbaik utk bertemu dan meluangkan masa bersama.

Aidilfitri tahun ni berbeza bagi keluarga kami sebab ada orang baru. Ya, tahun lepas pun ada orang baru tapi orang baru kali ni lebih hebat! Sebabnya ibu bapa saya beraya bersama cucu sulung. Alhamdulillah. Bukan main havoc kami melayan si Little Boss, yg menjadi centre of attention setiap tetamu yg berkunjung. Adalah seorang jiran ni turut mengunjungi kami di pagi raya. Masa nak balik, ketika saya menyalami tangannya, dia sempat kata, "Cik J doa-doakan kakak cepat kahwin, ya. Samalah macam anak Cik J, si Farid tu tak kahwin-kahwin lagi." Toingg! Rasa macam terhantuk pada bucu pintu masa dia cakap macam tu! Kalau dulu, reaksi saya kurang profesional bila dgr org cakap macam tu, tapi sekarang saya relaks sajalah sambil jawab, "Amiiiinn. Terima kasih" sambil tepuk2 dan tolak sikit bahu orang tu biar dia keluar rumah cepat sikit. Bahahahahahh!

Semalam pula, kami sekeluarga melawat keluarga adik ummi yg baru berpindah rumah dan berangkat ke Melaka mengunjungi sanak-saudara yang bermastautin di sana. Tahun ni keluarga Melaka tak pulang berhari raya di Kelantan kerana Pak Long admitted di hospital dua hari sebelum Aidilfitri. Jadi, kami ke sana utk menziarahi Pak Long yg diberikan cuti selama seminggu di rumah sebelum masuk ke hospital semula. Suasana di rumah Melaka tetap meriah walaupun Pak Long kurang sihat. Dia masih mampu berjalan perlahan-lahan dan makan ramai-ramai sambil berbual. Yalah, lagi pun dia dan Walid sebenarnya memang baik sejak dari zaman bujang. Jadi bila Walid datang, barulah Pak Long ada selera nak jamah makanan. Semoga kesihatannya bertambah baik lepas ni, insyaAllah.

Owh dan Aidilfitri tahun ni juga Walid dpt bertemu semula tiga pupunya yg dah lama tak jumpa pada malam raya pertama. Rasanya kali terakhir jumpa ketika saya masih kecil. Bukan main banyak mereka berborak. Lepas salam nak balik pun, borak lagi. Masa hantar keluar pergi kereta pun borak lagi! Macam itulah kalau dah lama benar tak jumpa, ya idok?! Aidilfitri kali ni menyedarkan saya bahawa raya di mana saja, tetap sama asalkan kita ikhlas dan bersederhana. Bila rasa ikhlas, baru semuanya jadi mudah dan seronok, kan? Bukanlah saya tak ikhlas beraya di KL selama ni, cuma saya selalu banding-bandingkan KL dan Kelantan. Sebenarnya, bila difikirkan segalanya terletak pada diri kita sendiri. Kalau kita rasa tak seronok beraya, satu hari tu pun mesti tak seronok. Begitu juga sebaliknya. Namun, walau apa pun saya tetap berharap agar satu hari nanti kami sekeluarga dapat juga pulang beraya di Kelantan dan mengembalikan semula kemeriahan seperti ketika arwah Tok Ayoh masih ada :) Maybe this is one of the reason why I wanna marry a true Kelantanese...hahah! Alrite...sampai jumpa lagi!

Taqabballahu minna wa minkum, kullu 'am wa antum bikhair 
Semoga Allah menerima amalan saya dan anda, 
semoga anda beroleh kebaikan sepanjang tahun :)

PSA AIDILFITRI: Beraya tu, beraya juga. Jangan lupa terus berdoa utk keamanan, kesejahteraan dan keadilan bagi saudara muslim kita di Palestin, Syria, Mesir dan juga utk negara kita.
Peace out yaww.

The Little Boss with his ang pows.
Buat2 terkejut pulak dpt banyak duit kaaann?!
Little Boss ada baju melayu tapi bila pakai semula,
dah tak muat.
Hadoiii hai budak....



*lagu tepat


*salah satu fav raya song tapi tahun ni tak dengar langsung


*pun fav raya song esp masa drive nak balik KB, barulah x ngantuk :)







Sunday, August 4, 2013

Pre-Eid

Assalamualaikum.
I guess Raya is coming very, very soon.
Anywayssss,
ada muka-muka yg saya kenal di situ....hehe.

Enjoy!